Harrison kembali bangkit

Harrison kembali bangkit

OAKLAND, California, 10 Feb – Pemain penyerang Harrison Barnes mencatatkan 10 dari 19 mata ketika persaingan berada pada kedudukan 17-5 untuk memulakan suku keempat ketika Golden State Warriors mencatatkan kemenangan dari perlawanan selepas tiga suku masa bagi kejayaan 123-110 ke atas Houston Rockets pada malam Isnin lalu.

Pemain pertahanan, Stephen Curry menghasilkan 35 mata, perlawanan ke-23 dengan 30 atau lebih musim ini, membantu kemenangan Warriors (47-4) bagi kali ke 10 berturut –turut, masing–masing di mana mereka mendahului sekurang–kurangnya 15 mata.

Curry mencatatkan 12 bagi 24 untuk Warriors, yang memperbaiki kepada 24-0 di tempat sendiri musim ini dengan kemenangan ke-42 berturut-turut mereka di Oracle Arena.

Pendahulu terbesar Golden State hadir lebih awal pada Isnin lalu-38-22 pada minit ke-11 perlawanan sebelum Rockets bangkit dari belakang bagi mencatatkan 37 mata dari jaringan pemain pertahanan, James Harden.

Houston mencatatkan lapan mata pertama separuh masa kedua untuk mendahului buat kali pertama, dengan mendapatkan kelebihan 75-69.

Perlawanan terikat pada 93 sebelum Barnes meledakkan perlawanan kepada penentuan.

Dengan mendahului dua mata menerusi tempoh suku ketiga, Barnes menyusul dengan 3 pointer menerusi pemain Andre Iguodala dengan tiga pointer, yang membolehkan Golden State mendahului enam mata dan mencetuskan Houston dari mengikuti perlawanan tersebut.

Pendahuluan adalah 103-96 sebelum Barnes melebarkan pendahuluan, yang menukar kedudukan kepada tiga pointer dan membuat lompatan bagi mencatatkan tujuh mata yang memberikan Golden State 110-98 mata sehingga penamat.

Barnes menamatkan dengan 19 mata, 17 darinya dihasilkan pada suku keempat dengan 7 bagi 8 jaringan.

Curry menghasilkan tujuh 3 pointer dan juga berjaya mencatatkan sembilan asis.

Pemain tengah Warriors, Andrew Bogut menambah 13 mata, 11 rebounds dan menghalang enam jaringan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA