Harry tak sabar jumpa si cantik Charlotte

Harry tak sabar jumpa si cantik Charlotte

SYNDEY, 7 Mei – Putera Harry hari ini menerangkan anak buah barunya, Puteri Charlotte sebagai ‘cantik’ dan mengatakan dia tidak sabar untuk bertemu dengannya ketika dia mengakhiri lawatan sebulan lamanya ke Australia dengan satu persidangan media diraja yang jarang berlaku.

Putera berusia 30 tahun itu, dikenali sebagai Kapten Wales, belum melihat anak damit itu, terlepas kelahirannya kerana penempatan dengan tentera Australia.

Namun dia teruja kembali ke London untuk bertemu abangnya Putera William dan isterinya, Kate, dengan bagasi penuh dengan mainan peluk yang diberikan kepadanya oleh orang ramai yang mengucapkan selamat jalan kepadanya di Sydney, untuk anak damit itu.

Ditanya sama ada dia membawakan sesuatu dari Australia untuk anak damit itu, dia menjawab: “Ah, tiada yang istimewa.”

“Namun saya sudah diberikan banyak mainan peluk sejak pagi ini dan benda lain, jadi saya tidak sabar bertemunya –dia amat cantik,” tambahnya.

Putera Britain, Harry (kiri) ketika bertemu orang awam semasa lawatan ke Sydney Opera House di Sydney. – AFP
Putera Britain, Harry (kiri) ketika bertemu orang awam semasa lawatan ke Sydney Opera House di Sydney. – AFP

Puteri Charlotte Elizabeth Diana yang lahir pada Sabtu, dinamakan sempena ratu berusia 89 tahun, Ratu Elizabeth dan juga ibu William dan Harry, Diana yang meninggal dunia dalam nahas kereta tahun 1997.

Puteri kecil itu kini yang keempat dalam barisan pewaris takhta selepas abangnya George, yang akan berusia dua tahun dalam Julai, bapanya dan datuknya, Charles.

Ini bermakna Harry yang akan meletak jawatan dalam angkatan tentera dalam Jun sudah beralih ke tempat kelima.

Harry berterima kasih kepada semua orang di Australia dan akan berlepas ke New Zealand pada Sabtu di mana dia akan kekal di sana sehingga 16 Mei sebelum pulang ke Britain.