Hart, Aguero ceriakan Pellegrini

Hart, Aguero ceriakan Pellegrini

MANCHESTER, 3 Dis (Reuters) – Penyerang, Sergio Aguero dan penjaga gol, Joe Hart mampu pulih daripada kecederaan sebelum pertembungan Manchester City menentang Stoke City dalam kempen Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini, kata pengurus, Manuel Pellegrini.

Aguero yang juga peledak terbanyak The Citizens dalam kempen EPL, musim ini dengan tujuh gol terpaksa digantikan pada babak kedua perlawanan ketika kelabnya melakar kemenangan 3-1 ke atas Southampton, minggu lalu.

Penyerang kelahiran Argentina itu turut terpaksa disisihkan pada perlawanan suku akhir Piala Liga Inggeris ketika City menewaskan Hull, 4-1 pada awal pagi Rabu lalu.

Hart pula terlepas kedua-dua perlawanan itu akibat kecederaan hamstring ketika bertemu Juventus pada saingan Liga Juara-Juara pada 25 November lalu.

Aguero memberikan harapan baru kepada Pellegrini (kiri) untuk meneruskan kempen Liga Perdana. – Reuters
Aguero memberikan harapan baru kepada Pellegrini (kiri) untuk meneruskan kempen Liga Perdana. – Reuters

“Hart boleh cergas bagi perlawanan Sabtu ini, jika tidak, pada Selasa. Kun (Aguero) pula merasa sakit di tumit kakinya, namun dia semakin menunjukkan pemulihan namun kita akan lihat sama ada dia boleh bermain pada Sabtu,” kata Pellegrini.

Pengurus kelahiran Chile itu turut gembira melihat perancang tengahnya, David Silva kembali pulih sejak berdepan kecederaan ketika beraksi bersama Sepanyol pada 9 Oktober lalu.

Silva masuk sebagai pemain gantian pada lewat permainan ketika berdepan Southampton namun beraksi hampir sepenuh masa ketika bertemu Hull.

Ia sesuatu yang amat penting buat David. Apa yang paling penting ialah untuk layak ke separuh akhir, namun adalah penting untuknya bermain selama 80 minit selepas kecederaan yang panjang.

Begitupun kapten pasukan, Vincent Kompany yang tidak beraksi sejak 8 November lalu dijangka tidak akan sempat pulih.

ARTIKEL YANG SAMA