Hart puji sikap Pellegrini

Hart puji sikap Pellegrini

MANCHESTER, 11 Feb – Penjaga gol Manchester City, Joe Hart, memuji tindakan Manuel Pellegrini yang berjaya mengawal situasi dengan mendedahkan dia bakal meninggalkan pasukan itu hujung musim ini.

Meskipun tindakannya itu mungkin menjejaskan misi City untuk merangkul kejuaraan musim, namun Hart percaya inilah masa terbaik untuk menghentikan semua spekulasi terbabit.

“Ia adalah perkara yang sering dibicarakan di kelab ini untuk bertahun tahun lamanya,” kata Hart kepada The Clare Balding Show di BT Sport.

“Malah, sejak kehadiran Txiki Begiristain dan Ferran Soriano sebagai pengarah sukan, pastinya ada kaitan yang kuat membabitkan Barcelona dan juga Pep Guardiola.”

Mengimbas kembali ketika Hart memaklumkan perkara terbabit kepada pemain, Hart berkata, “kami berbual setiap pagi kerana itu perkara yang selalu dilakukan olehnya ketika mahu memulakan latihan”.

Joe Hart memuji tindakan Manuel Pellegrini yang berjaya mengawal situasi dengan mendedahkan dia bakal meninggalkan pasukan itu hujung musim ini. – Reuters
Joe Hart memuji tindakan Manuel Pellegrini yang berjaya mengawal situasi dengan mendedahkan dia bakal meninggalkan pasukan itu hujung musim ini. – Reuters

“Dia bercakap mengenai perlawanan akan datang dan pada hari itu, dia menceritakan semuanya kepada kami.

“Dia meluahkannya secara bersahaja dan memberitahu dia sentiasa mengawal keadaan dan berwaspada. Dia beranggapan itu adalah masa paling sesuai untuk memberitahu kami dan barulah dia akan memaklumkan kepada orang lain.

“Sedih untuk melihat dia meninggalkan pasukan ini tetapi ini adalah lembaran baru untuk City pada musim hadapan. Manuel adalah pengendali kami untuk musim ini dan kami akan berjuang habis-habisan untuknya,” katanya. – Agensi