Harta San Jose milik siapa?

Harta San Jose milik siapa?

BOGOTA, 13 Dis (AFP) – Emas dan perak bernilai berbilion-bilion dolar dari bangkai kapal abad ke-18 telah mengakibatkan Sepanyol dan bekas jajahan Colombia berselisih faham tentang siapa pemilik sah harta itu.

Percanggahan pendapat berhubung ‘San Jose’, sebuah bangkai kapal berharga yang dikesan oleh Colombia baru-baru ini di perairan pantai Cartagena de Indias, bandar pelabuhan lama Carribean.

‘San Jose’ karam pada Jun 1708 berhampiran Islas del Rosario, ketika bertempur dengan kapal Britain yang cuba merampas kargonya, sebagai sebahagian dari Perang Rebut Takhta Sepanyol.

Kapal layar Sepanyol adalah kapal utama dalam armada berharga yang membawa emas dan perak – mungkin diambil dari lombong jajahan Sepanyol, di Peru dan Bolivia – dan barang berharga lain Raja Philip V.

Presiden Juan Manuel Santos pada awal Disember mengumumkan bahawa pakar-pakar telah menemui ‘San Jose’ pada 27 November di sebuah tempat yang tidak pernah diperiksa sebelumnya.

Dengan yang demikian siapa pemilik harta bernilai kira-kira AS$2 bilion ini?

“Ada percanggahan tentang isu pemilikan sah,” kata Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Garcia-Margallo.

Semalam dia telah menemui rakan sejawatannya dari Colombia, Maria Angel Holguin di Cartegena.

Sepanyol, sebahagianya telah mengasaskan alasannya pada peraturan Undang-Undang Laut PBB.

Tetapi Colombia bukan penandatangan perjanjian itu, dan yang demikian tidak tertakluk pada peraturan itu.

Diplomat Sepanyol berkata dia berharap peta jalan bagi pemahaman’ boleh dicapai memandangkan hubungan cemerlang kedua-dua negara.

“Ini tidak akan menjadi isu yang memecahbelahkan kami,” Holguin menegaskan, sementara mengakui tetapi wujud pertentangan pendapat undang-undang.

Hanya beberapa orang kru kapal dari 600 orang yang terselamat apabila ‘San Jose’ karam.

Pencari harta karun telah mencari kapal itu, yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai harta suci, selama beberapa dekad.

Sepasukan para penyelidik Colombia dan penyelidik asing, termasuklah seorang bekas askar dari kumpulan itu yang menemui bangkai kapal Titanic dalam tahun 1985, telah mengkaji angin dan arus Caribbean 307 tahun lalu dan menyelidiki arkib jajahan di Sepanyol dan Colombia dalam mencari bukti.

ARTIKEL YANG SAMA