‘Haruan makan anak’ dipenjara 12 tahun

‘Haruan makan anak’ dipenjara 12 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Padah merogol anak perempuan sendiri, seorang bapa lima anak dihukum penjara 12 tahun selepas disabit bersalah oleh Mahkamah Tinggi, di sini, baru-baru ini.

Tertuduh didakwa dengan dua pertuduhan merogol anaknya yang berusia 25 tahun dalam bilik mandi di kediaman mereka antara jam 8 hingga 9 malam pada 17 November 2012 dan di kawasan letak kereta di Masjid Jame’ Asr antara pukul 12:15 tengah hari hingga 1:30 petang pada Mac 2012.

Hakim Dato Paduka Hairol Arni bin Haji Abdul Majid mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah mahkamah dan tertuduh tidak dapat dipercayai.

pg06_150704_mahkamah logo2

Tambahan lagi mangsa menunjukkan ‘ketidakselesaan’ semasa memberikan keterangan di mahkamah di depan tertuduh dan mangsa konsisten sepanjang perbicaraan.

Memandangkan tertuduh berusia 55 tahun, tidak ada sebatan dikenakan ke atas mana-mana pesalah yang berusia 50 tahun ke atas. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurjauinah binti Haji Kula.

ARTIKEL YANG SAMA