‘Haruan makan anak’ kena 14 tahun

‘Haruan makan anak’ kena 14 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Seorang bapa yang berdepan sembilan pertuduhan merogol tiga anak kandungnya menerima balasan atas perbuatan keji yang dilakukannya apabila Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, memutuskan untuk menjatuhi hukuman 14 tahun penjara.

Lelaki tempatan berusia 52 tahun itu, bagaimanapun, bernasib baik apabila mahkamah mengecualikan hukuman sebatan ke atasnya disebabkan faktor usia.

Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar ketika menjatuhi hukuman berkata, mahkamah tidak memandang ringan malah mengambil serius akan kesalahan rogol terutamanya yang melibatkan perbuatan sumbang mahram.

“Kes sumbang mahram semakin meningkat seperti yang didedahkan oleh pihak pendakwaan melalui statistik.

“Apa yang dilakukan oleh tertuduh adalah ‘jenayah kejam’ di mana tiga anak kandungnya menjadi mangsa dalam kejadian berasingan,” katanya.

pg06_160331_mahkamah logo

Dalam sebutan terdahulu, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memperkosa anaknya (Dayang X) daripada isteri pertama, dan cubaan rogol dan merogol dua lagi anaknya (Dayang Y dan Dayang Z) daripada isteri kedua.

Dia didakwa merogol Dayang X sebanyak empat kali antara tahun 2002 dan 2003 ketika mangsa berusia 13 tahun dengan menyamar sebagai ‘orang luar’ yang dikuasai oleh semangat jahat, dan sebanyak dua kali pada Februari 2016 ketika berusia 26 tahun.

Dia melakukan kesalahan keji itu di tempat berasingan di tempat yang gelap.

Tertuduh juga dituduh cuba merogol Dayang Y yang berusia 15 tahun sekitar tahun 2014 dan merogol Dayang Z yang berusia 16 tahun sebanyak dua kali pada 2015.

Perbuatan tertuduh hanya diketahui apabila teman lelaki Dayang X menerima pesanan melalui WhatsApp yang memaklumkan bahawa tertuduh telah merogol Dayang X.

ARTIKEL YANG SAMA