Harum nama negara di Itali

Harum nama negara di Itali

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Awang Ahmad Fathi bin Dato Paduka Haji Junaidi sekali lagi mengharumkan nama negara setelah berjaya menamatkan larian Tor Des Geants/Endurance Trails Race sejauh 338 kilometer yang berlangsung di Courmayeur, Itali pada 11 hingga 17 September lalu.

Hanya seramai 446 orang daripada 765 orang peserta berjaya menamatkan cabaran larian itu.

Awang Ahmad Fathi berjaya mendapat tempat ke-259 dengan catatan masa 141:02:03.

Tahun lalu, beliau menjadi rakyat Brunei yang berjaya menamatkan cabaran Larian Ultraman Australia, di samping itu, beliau juga pernah membanggakan negara dengan meraih tempat keempat dalam Cabaran Ultra Trails Marathon sejauh 100 kilometer yang berlangsung di Sabah, Malaysia pada tahun ini.

Awang Ahmad Fathi berjaya menamatkan larian Tor Des Geants/Endurance Trails Race sejauh 338 kilometer.
Awang Ahmad Fathi berjaya menamatkan larian Tor Des Geants/Endurance Trails Race sejauh 338 kilometer.
Tahun lalu, Ahmad Fathi berjaya menamatkan cabaran Larian Ultraman Australia.
Tahun lalu, Ahmad Fathi berjaya menamatkan cabaran Larian Ultraman Australia.

Sebelum ini, Awang Ahmad Fathi juga pernah mengikuti cabaran-cabaran lain di merata dunia, antaranya Ultra Trails Mt. Fuji di Jepun; Ultra Trails Mont Blanc sejauh 160 kilometer di Chamonix, Perancis; Ironman of New Zealand; Ironman of Asia Pacific di Phuket, Thailand; Ironman of Western Australia Marathon; Des Sables Sahara Morocco sejauh 200 kilometer; Malaysia Ironman Langkawi; Putrajaya Ironman dan Hong Kong Ultra Trails sejauh 100 kilometer.

Beliau juga pernah mendapat tempat kedua dalam Maraton Sabah 2014 sejauh 100 kilometer yang berlangsung di Beaufort, Sabah.

ARTIKEL YANG SAMA