Harumkan nama negara

Harumkan nama negara

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Kontinjen atlet wushu Negara Brunei Darussalam akhirnya berjaya meraih pingat emas pada hari terakhir Kejohanan Wushu Junior Asia VIII hasil gandingan Mohd Sufi Shayiran bin Roslan dan Mohd Adi Sya’rani bin Roslan dalam acara kumpulan Lelaki Duilian di Mongolia, hari ini.

Dengan emas tersebut, kontinjen negara secara keseluruhannya berjaya meraih lima pingat – satu pingat emas, tiga perak dan satu gangsa dalam kejohanan selama tiga hari itu.

Kelmarin, Mohd Adi Sya’rani bin Roslan mengutip pingat perak dalam acara Dao Shu manakala Amelia memenangi pingat perak dalam acara Chan Quan serta peserta berusia 12 tahun negara, Hosea Wong Zheng Yu pula mendapat pingat gangsa dalam acara pedang Taiji.

Menurut jurulatih Wushu negara, Li Hui, kejayaan itu merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan di mana atlet Wushu Junior negara menunjukkan prestasi yang baik dan mereka juga antara pasukan terbaik Wushu Junior di Asia.

Mohd Adi Sya’rani, Amelia, Hosea Wong bergambar bersama Li Hui semasa kejohanan wushu di Mongolia.
Mohd Adi Sya’rani, Amelia, Hosea Wong bergambar bersama Li Hui semasa kejohanan wushu di Mongolia.
Mohd Sufi Shayiran dan Mohd Adi Sya’rani bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara kumpulan Lelaki Duilian.
Mohd Sufi Shayiran dan Mohd Adi Sya’rani bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara kumpulan Lelaki Duilian.

Beliau juga amat bangga dengan perkembangan dan keputusan dalam kejohanan berkenaan serta berharap mereka akan terus memperbaiki dan meningkatkan lagi kemahiran mereka.

Kontinjen negara disertai 10 orang atlet bersama seorang jurulatih dalam kejohanan yang bermula dari 6 hingga 9 Ogos itu dan bersaing bersama seramai 396 orang atlet dari 24 buah negara.

Kejayaan kontinjen negara dalam kejohanan itu merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan merupakan satu pengiktirafan kepada mana yang dilihat mempunyai potensi untuk terus berkembang dan menjadi salah satu kumpulan atlet wushu terbaik di rantau ini.