Hasbul Wafi galas cabaran negara

Hasbul Wafi galas cabaran negara

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Negara Brunei Darussalam hari ini menghantar satu rombongan untuk mewakili negara ke Pertandingan Antarabangsa Kerajaan Hasyimiah Membaca dan Mentafsir Al-Quran kali ke-23 bagi Kategori Lelaki di Amman, Jordan.

Pertandingan akan berlangsung pada 20 hingga 26 Ramadan bersamaan dengan 7 hingga 13 Julai disertai oleh peserta Qari, Awang Muhammad Hasbul Wafi bin Haji Ahmad.

Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah Pembimbing, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Mohd Ali dan pengurus rombongan, Awang Hirmani bin Haji Sallehudin.

ARTIKEL YANG SAMA