Hasil kajian Zika perlu disebarkan segera

Hasil kajian Zika perlu disebarkan segera

PARIS, 11 Feb – Institusi penyelidikan terkenal, pembiaya dan penerbit berkata hari ini mereka akan menawarkan kesemua hasil dapatan saintifik mengenai virus Zika yang membelenggu Latin Amerika secara percuma.

Satu kenyataan yang ditandatangani oleh jurnal Nature, Science and the The Lancet, Akademi Sains China, Institut Pasteur Perancis, Yayasan Bill and Melinda Gates dan Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Perubatan Jepun berkata data merupakan alat penting dalam memerangi kecemasan kesihatan awam.

“Penandatangan jurnal akan menawarkan semua isi kandungan mengenai virus Zika secara percuma,” menurut dokumen.

Bagi pihak mereka, pembiaya penyelidikan mewajibkan ahli sains berkongsi data sementara serta muktamad secepat mungkin.

Proses penerbitan boleh mengambil masa yang lama dan hasil dapatan penyelidikan biasanya tidak dikongsi sehingga selepas mereka telah diterbitkan dalam jurnal.

Risalah-risalah mengenai maklumat Zika yang diberikan percuma kepada orang ramai. – AFP
Risalah-risalah mengenai maklumat Zika yang diberikan percuma kepada orang ramai. – AFP

“Hujah-hujah untuk berkongsi data, dan kesan kerana tidak berbuat demikian, telah menjadi ketara akibat wabak Ebola dan Zika,” menurut dokumen.

“Dalam konteks kecemasan kesihatan awam antarabangsa, adalah penting untuk semua parti menyediakan mana-mana maklumat yang mungkin bernilai dalam memerangi krisis berkenaan.”

Kenyataan itu menggesa pertubuhan lain supaya mengikut jejak langkah usaha yang telah diambil.

Penandatangan lain termasuk Doktor Tanpa Batasan (MSF dalam akronim Perancis), Jurnal Perubatan New England, Jurnal Sains PLOS, Majlis Penyelidikan Perubatan Afrika Selatan dan Dana Amanah Wellcome.

Tindakan tersebut dialu-alukan oleh pakar sebagai satu perubahan dalam penyelidikan kesihatan awam.

Trudie Lang, pengarah Rangkaian Kesihatan Global, berkata respon terhadap Zika – lebih-lebih lagi dalam kes Ebola – telah dihambat oleh banyak perkara yang tidak diketahui.

“Kami masih perlu membuktikan bahawa Zika menyebabkan microcephaly, dan kami perlu tahu pada tahap apa kerosakan berlaku dalam kehamilan, kalau begitulah keadaannya,” kata beliau dalam komen yang dikeluarkan oleh Pusat Media Sains di London. – AFP