Hasilkan elektrik daripada enapcemar air, sisa makanan

Hasilkan elektrik daripada enapcemar air, sisa makanan

SINGAPURA, 19 Jun (Bernama) – PUB, agensi air kebangsaan Singapura, dan Anaergia Pte Ltd (Anaergia) hari ini mengumumkan permulaan projek pertama Singapura yang bertujuan menghasilkan lebih banyak biogas untuk penjanaan elektrik dengan pencernaan bersama menggunakan enapcemar air dan sisa makanan.

Dalam kenyataan, PUB berkata menggunakan enapcemar air daripada Ulu Pandan Water Reclamation Plant (WRP) akan dicampurkan dengan sisa makanan yang dikumpul dari daerah Clementi dan dirawat di kemudahan demonstrasi pencernaan bersama.

Loji pencernaan bersama itu boleh merawat sehingga 40 tan gabungan sisa makanan dan enapcemar air.

Ia akan menggunakan proses Omni-voreTM yang dipatenkan oleh Anaergia, yang menggunakan pencernaan anaerobik, proses biologi yang memecahkan bahan organik tanpa memerlukan oksigen untuk menghasilkan biogas.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan akan melaksanakan perintis peringkat daerah di Clementi bagi pengumpulan sumber sisa makanan yang diasingkan dari institusi pendidikan, hospital dan kem untuk pencernaan bersama di loji demonstrasi, yang dalam pembinaan dan akan siap pada September 2015.

ARTIKEL YANG SAMA