Hasina tolak dakwaan penglibatan IS

Hasina tolak dakwaan penglibatan IS

DHAKA, 4 Okt (AFP) – Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menolak dakwaan berkaitan penglibatan kumpulan Islam (IS) terhadap pembunuhan dua warga asing, polis berkata mereka masih tidak mempunyai bukti untuk mengesahkan kumpulan jihad tersebut di sebalik pembunuhan itu.

Beliau berkata demikian sehari selepas warga Jepun berusia 66 tahun Hoshi Kunio ditembak mati di utara Bangladesh, warga asing kedua yang dibunuh di negara Asia Selatan dalam masa kurang dari seminggu.

Warga Itali berusia 50 tahun, Cesare Tavella, ditembak mati minggu lalu berhampiran zon diplomatik Dhaka dalam satu lagi serangan yang didakwa oleh IS.

“Kami masih tidak menemui sebarang penglibatan (IS). Kita perlu siasat,” Hasina memberitahu pemberita pada sidang media di pejabatnya.

Perdana Menteri berkata kumpulan seperti IS tidak beroperasi di negara ini, berkata “agensi perisikan kita aktif … kita tidak akan membenarkan mana-mana aktiviti tersebut di Bangladesh”.

Pegawai polis Bangladesh sedang mengawal tapak di mana warga jepun Kunio Hoshi ditembak mati di Utara Bangladesh. – AFP
Pegawai polis Bangladesh sedang mengawal tapak di mana warga jepun Kunio Hoshi ditembak mati di Utara Bangladesh. – AFP

Pekerja bantuan Itali Tavella ditembak tiga kali pada 28 September oleh penyerang yang melarikan diri dengan motosikal – kerajaan Bangladesh mengambarkan serangan itu sebagai “kejadian terpencil” dalam usaha untuk menenangkan kebimbangan keselamatan.

Kunio menaiki beca apabila dia ditembak mati oleh tiga penyerang penunggang motosikal yang tidak dikenali di bandar Kaunia di daerah Rangpur.

Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan Kamal telah menolak sebarang kehadiran IS di negara itu tetapi berkata kedua-dua pembunuhan tampak berkaitan.

Selepas pembunuhan Travella di kawasan Gulshan, tempat terletaknya beberapa kedutaan, kebimbangan warga asing mungkin menjadi sasaran mendorong kedutaan Barat mengawal pergerakan diplomat di Bangladesh.

ARTIKEL YANG SAMA