Hasrat CR7 semakin dekat

Hasrat CR7 semakin dekat

MARSEILLE, 1 Julai (AFP) – Hasrat Cristiano Ronaldo untuk merangkul kejuaraan antarabangsa pertama buat negaranya kini semakin dekat apabila pasukannya mengatasi Poland 5-3 dalam penentuan penalti, dalam perlawanan yang berakhir awal pagi tadi waktu Brunei.

Ronaldo berdepan malam mengecewakan apabila gagal meledak untuk sekali gus menyamakan rekod sembilan jaringan yang dirakamkan oleh Michel Platini pada pusingan akhir saingan Euro.

Portugal terikat 1-1 dengan Poland pada aksi perlawanan membabitkan tempoh selama 120 minit saingan suku akhir Euro 2016 malam tadi.

Ronaldo bagaimanapun menemui sasaran menerusi sepakan penentuan dalam memburu kejuaraan.

Cristiano Ronaldo berasa lega dengan kemaraan pasukannya ke separuh akhir. – AFP
Cristiano Ronaldo berasa lega dengan kemaraan pasukannya ke separuh akhir. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Impian kini semakin hampir, namun apapun boleh berlaku. Saya belum kehilangan apa-apa (penghormatan) dan jika pun kerjaya saya sudah berakhir pada hari ini, saya sudah pun merasai keistimewaan berkenaan.

“Namun saya sering katakan, saya tidak menyembunyikannya betapa saya sangat gembira untuk menang kejuaraan bersama pasukan kebangsaan. Sekarang kami di landasan tepat,” kata bintang Real Madrid itu.

Selepas ini, Portugal dan Ronaldo bakal menentang rakan sepasukan di Madrid, Gareth Bale atau pasukan hebat, Belgium pada saingan separuh akhir.

ARTIKEL YANG SAMA