Hasrat kanak-kanak kanser naiki helikopter tercapai

Hasrat kanak-kanak kanser naiki helikopter tercapai

KOTA KINABALU, 17 Mei (Bernama) – Hasrat seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit kanser mata untuk menaiki helikopter polis akhirnya tercapai hari ini.

Yusaidinnor Bakari, 6, yang disahkan menderita penyakit kanser mata sejak lebih setahun lepas ternyata teruja dan gembira kerana diberi peluang menaiki helikopter polis bersama ibunya, Maimunah Ghani di sini.