Hasrat PM India pulih kerajaan, belum menemui pengganti

Hasrat PM India pulih kerajaan, belum menemui pengganti

NEW DELHI, 30 Dis – Selepas kalah teruk dalam pengundian negeri dalam bulan November, Perdana Menteri India Narendra Modi berhasrat memulihkan kabinetnya dengan menyingkirkan mereka yang tidak menunjukkan prestasi baik dan meningkatkan imej kerajaannya. Masalahnya, menurut beberapa sumber beliau tidak dapat mencari pengganti yang sesuai.

Ketika New Delhi berdesas-desus dengan spekulasi tentang perubahan dalam beberapa kementerian, anggota kanan parti memerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) dan penolong rapat Modi berkata beberapa perubahan mungkin dibuat awal tahun depan tetapi himpunan bakat terlalu sedikit untuk membentuk pengubahsuaian besar.

Tekanan meningkat ke atas Modi untuk memulihkan nasib partinya. Hampir dua tahun selepas dia memegang tampuk kepimpinan dengan janji pekerjaan dan pertubuhan, sinar semakin luntur – pembaharuan untuk menghidupkan semula pelaburan telah layu dan ekonomi tersekat-sekat. Penderitaan luar bandar semakin bertambah selepas dua kemarau berturut-turut.

“Cabaran ialah untuk mengenal pasti calon-calon tepat yang boleh melaksanakan pembaharuan pantas dan juga dasar-dasar dalam sfera kerja mereka,” menurut penolong perdana menteri.

Petah bertutur dan terlalu canggih, Menteri Kewangan Arun Jailtey dicadangkan bagi jawatan menteri pertahanan, satu lagi peranan menonjol yang penting bagi cita-cita geopolitik Modi dan merancang mengembangkan industri India. Tetapi tidak ada sesiapa untuk mengambil tempat Jaitley sebagai menteri kewangan, menurut sumber itu.

Modi (kanan) mendengar penerangan Menteri Luar Jaitley (kiri) semasa Sidang Kemuncak Perniagaan Global di New Delhi. – Reuters
Modi (kanan) mendengar penerangan Menteri Luar Jaitley (kiri) semasa Sidang Kemuncak Perniagaan Global di New Delhi. – Reuters

Jurucakap bagi Modi enggan mengulas.

Seorang pegawai di pejabat Jaitley berkata mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang kemungkinan rombakan itu.

Modi cenderung mendiamkan keputusan seumpama itu dan sumber itu berkata keputusan muktamad bergantung pada perdana menteri. Mereka menambah kata, beliau belum lagi membuat keputusan muktamad berhubung perubahan itu, dan itu belum disahkan lagi.

Seorang lagi penolong rapat perdana menteri mengenepikan perbincangan rombakan itu sebagai spekulasi, dengan mengatakan ia tidak berasas.’ – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA