‘Hasut pemberontakan’ berdepan hukuman penjara

‘Hasut pemberontakan’ berdepan hukuman penjara

PHNOM PENH, 12 April (AFP) – Seorang penggubal undang-undang pembangkang Kemboja berdepan kira-kira lima tahun penjara selepas dia didakwa hari ini atas kesalahan ‘menghasut pemberontakan’ dengan mengkritik peta sempadan kerajaan, menurut para pegawai.

Um Sam An, seorang warganegara AS-Kemboja, telah ditangkap lewat Ahad di wilaya Siem Reap selepas kembali dari negara seberang.

Dia merupakan pengempen paling menonjol yang menentang kerajaan Perdana Menteri Hun Sen kerana menggunakan peta yang dipertikaikan sebagai garis pandu untuk menandakan sempadan dengan Vietnam, menuduhnya ia adalah tanah yang diserahkan kepada negara jiran.

Para pendakwa di mahkamah Phnom Penh telah mengarahkan penahanannya untuk dibicarakan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Khieu Sopheak memberitahu AFP bahawa penggubal undang-undang itu menggunakan isu sempadan untuk mengapi-apikan orang ramai bagi memberontak ke atas kerajaan.

“Dia juga menghasut perkauman antara Kemboja dan Vietnam. Kami tidak dapat menerimanya,” tambahnya.

Di bawah kod jenayah Kemboja dia berdepan kira-kira lima tahun penjara jika disabit bersalah.