Hatrik Aubameyang benam Qabala

Hatrik Aubameyang benam Qabala

BAKU, Azerbaijan, 23 Okt (AFP) – Pierre-Emerick Aubameyang melakukan hatrik ketika Borussia Dortmund menewaskan FK Qabala 3-1 dalam aksi peringkat Kumpulan C Liga Europa, semalam.

Walaupun sudah menjaringkan 10 gol dalam aksi Bundesliga musim ini, Aubameyang memecah kebuntuan untuk Dortmund seawal minit ke-31.

Penyerang kelahiran Perancis itu menggandakan jaringan tujuh minit kemudian dan melengkapkan gol ketiganya pada minit ke-72.

Namun pasukan tuan rumah bangkit menjaringkan gol tunggal pada minit kecederaan menerusi penyerang Brazil, Dodo.

Dortmund kini menduduki tangga teratas kumpulan C dengan mengumpul tujuh mata manakala FK Qabala di tempat keempat dengan hanya satu mata.

Pierre-Emerick Aubameyang (kanan) ketika merembat masuk gol keduanya melepasi penjaga gawang Qabala, Dmytro Bezotosniy pada perlawanan Liga Europa di Backcell Arena di Baku, Azerbaijan, pada 22 Oktober 2015. – Reuters
Pierre-Emerick Aubameyang (kanan) ketika merembat masuk gol keduanya melepasi penjaga gawang Qabala, Dmytro Bezotosniy pada perlawanan Liga Europa di Backcell Arena di Baku, Azerbaijan, pada 22 Oktober 2015. – Reuters

Dalam perlawanan berasingan, Lazio menundukkan Rosenborg Trondheim 3-1 dalam perlawanan Kumpulan G.

Perlawanan itu turut menyaksikan pemain Brazil, Mauricio dilayangkan merah seawal minit keenam.

Alessandro Matri meletakkan Lazio di depan pada minit ke-28 sebelum Felipe Anderson menjaringkan gol kedua, sembilan minit kemudian.

Namun Alexander Soderlund bangkit menjaringkan gol pertama untuk Rosenborg pada babak kedua.

Lazio terus menguasai perlawanan apabila Antonio Candreva melengkapkan gol ketiga pada minit ke-79.

Sementara itu, Schalke 04 pula kekal di kedudukan teratas Kumpulan K meskipun terikat seri 2-2 dengan Sparta Prague.

ARTIKEL YANG SAMA