Hatrik CR7 rapatkan Madrid dengan Barca

Hatrik CR7 rapatkan Madrid dengan Barca

MADRID, 3 Mei (AFP) – Hatrik dari Cristiano Ronaldo mengekalkan aspirasi gelaran La Liga Real Madrid ketika mereka menamatkan rekod tanpa kalah 34 perlawanan Sevilla dengan kemenangan di tempat sendiri 3-2 semalam.

Kemenangan itu mengekalkan juara Eropah itu hanya dua mata di belakang Barcelona dengan baki tiga perlawanan selepas Luis Suarez menjaringkan hatrik pertamanya bagi Catalan dalam kemenangan 8-0 ke atas Cordoba.

“Ia adalah kemenangan mudah di sini dan kami berjaya menguruskannya. Kami merasa gembira dan kami terus berjuang. Ia bukan kebetulan mereka belum tewas 34 perlawanan di stadium ini,” kata bos Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Perlawanan itu jelas memihak kepada Madrid dalam tempoh masa dua minit babak pertama ketika Sevilla dikurangkan kepada 10 pemain selepas Grzegorz Krychowiak dikeluarkan dari padang kerana menerima rawatan bagi kecederaan muka.

Ronaldo membuat tandukan dari hantaran lintang Isco dan kemudian menyudahkan menerusi sepakan Javier Hernandez.

Reaksi Ronaldo semasa menentang Sevilla di stadium Ramos Pizjuan semalam. – AFP
Reaksi Ronaldo semasa menentang Sevilla di stadium Ramos Pizjuan semalam. – AFP

Sevilla kembali dalam permainan apabila Sergio Ramos menjatuhkan Vidal di dalam kawasan penalti pada separuh masa pertama dan Carlos Bacca menyudahkan sepakan.

Ronaldo dilihat melengkapkan tiga mata dengan tandukan menerusi hantaran lintang Gareth Bale pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun, Vicente Iborra mengurangkan defisit sekali lagi ketika dia menyudahkan hantaran lintang Vidal untuk menyudahkan jaringan. Dan nasib Madrid dalam tangan mereka lima minit sebelum tamat apabila Ioanee Denis Suarez dari Barcelona melepaskan rembatan beberapa inci melepasi tiang gol.

ARTIKEL YANG SAMA