Hatrik Giroud benam Aston

Hatrik Giroud benam Aston

LONDON, 16 Mei (AFP) – Hatrik menerusi Olivier Giroud memberikan inspirasi terhadap kemenangan 4-0 Arsenal dalam membenam Aston Villa semalam, dengan gabungan kekalahan Tottenham di Newcastle, yang memastikan mereka menamatkan musim ini sebagai pasukan tangga kedua dalam Liga Perdana.

Pengurus pasukan Gunners, Arsene Wenger telah melalui bantahan dari penyokong yang meyakinkan sudah tiba masanya bagi perubahan sepanjang kempen yang sukar.

Tetapi berada di tangga kedua yang terus mengekalkan rekod Arsenal menamatkan di atas pasukan pesaing setempat, Tottenham setiap tahun sejak pengurus dari Perancis itu mengambil alih pada 1996 akan mengukuhkan lagi kedudukan Wenger untuk berada dalam musim penutup.

Wenger mengakui kekecewaan kegagalan terhadap cabaran bagi gelaran tersebut dengan menegaskan sebelum perlawanan ini bahawa kekalahan mengecewakannya lebih lagi kerana pada usia 66 tahun, dia tahu dia hanya mempunyai musim terhad di depannya.

Arsene Wenger bagaimanapun akan memastikan kedudukan yang selesa walaupun kini berada di kedudukan kedua liga di belakang juara Leicester, buat pertama kali sejak 2005.

Aksi Giroud (kiri) bersama rakan sepasukannya Nacho Monreal selepas menjaringkan gol pertama pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa di Stadium Emirates, London, semalam. – AP
Aksi Giroud (kiri) bersama rakan sepasukannya Nacho Monreal selepas menjaringkan gol pertama pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa di Stadium Emirates, London, semalam. – AP

Kemenangan 4-0 Arsenal mengatasi Aston Villa dibantu kekalahan teruk 5-1 Tottenham di Newcastle semalam memastikan skuad kendalian Wenger menamatkan kedudukan di depan pencabar setempat mereka yang tampak hampir pasti mengambil tempat kedua sejak beberapa minggu lalu.

Skuad Gunners kini menamatkan saingan di atas Tottenham setiap tahun sejak 1995 dan hak untuk berada di atas berdepan jiran yang dibenci menjadi bukti dengan reaksi penyokong tuan rumah.

Namun ketika musim Arsenal ditamatkan dengan baik, Wenger mengakui adalah mustahil untuk mengetepikan kekecewaan kerana gagal mencabar Leicester dengan lebih rapat.

“Kami tidak gembira dengan menjadi nombor dua tetapi 18 lagi pasukan di belakang kami pasti gembira berada di tempat kami,” kata Wenger.

“Tetapi sudah pasti sasaran kami ialah untuk menjadi yang pertama dan buat seketika kami percaya boleh melakukannya.

“Saya tahu kedudukan kami pada penamat akan bergantung sama ada kami akan melepasi perlawanan sukar di tempat lawan tanpa sebarang masalah dan Leicester akan hilang mata.”

Chips Keswick, pengerusi pasukan Arsenal, juga menyuarakan kekecewaannya pada hari perlawanan dalam satu program kerana kegagalan kelab untuk menghampiri juara Leicester, tetapi biarpun merasa kecewa, pasukan kendalian Wenger masih berada dalam perlawanan ini setelah menyelamatkan penyudah empat teratas.

Keputusan seri hujung minggu lalu di Manchester City bermakna pengurus itu telah mengemudi kelab itu ke Liga Juara–Juara bagi musim ke-19 berturut–turut.

Bagi pemain midfield Arsenal, Jack Wilshere, terdapat insentif tambahan terhadap mempamerkan kepada Roy Hodgson yang menonton, dia sekarang cergas sepenuhnya, 24 jam sebelum jurulatih England itu mengumumkan skuad pertamanya bagi Euro 2016.