Hatrik Mane tewaskan city

Hatrik Mane tewaskan city

LONDON, 2 Mei (AFP) – Sadio Mane mencipta hatrik dengan persembahan gaya serangan hebat Southampton untuk mengetepikan Manchester City 4-2 menyebabkan pelawat berdepan kesukaran untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Kekalahan berkenaan, hanya tiga hari sebelum separuh akhir kedua berdepan Real Madrid, tidak dijangkakan sejak Shane Long menggunakan kesempatan hantaran Dusan Tadic pada minit ke-25.

Pemain Serbia itu juga menghasilkan dua hantaran untuk jaringan penyerang Senegal, Mane yang menjaringkan gol pada minit ke-28, 57 dan 68 minit untuk melengkapkan hatrik kedua musim ini ketika dia mengumpul 14 gol.

City membalas menerusi Kelechi Iheanacho pada minit ke-44 dan 78, namun skuad Saints tidak melepaskan genggaman mereka ketika pasukan itu berusaha untuk layak ke Liga Europa.

Pengurus City, Manuel Pellegrini bagaimanapun menegaskan dia tidak menyesal membuat lapan pertukaran terhadap pasukan kendaliannya Manchester City menjelang lawatan minggu ini bagi menghadapi Real Madrid pada perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara–Juara.

Aksi Mane selepas menjaringkan gol buat Southampton pada perlawanan menentang Manchester City sebentar tadi. – AP
Aksi Mane selepas menjaringkan gol buat Southampton pada perlawanan menentang Manchester City sebentar tadi. – AP

Pengurus City itu mengakui kekalahan pasukannya 4-2 menentang Southampton di stadium St Mary akan menjejaskan keyakinan ketika kelab dari Liga Perdana itu bersedia bagi kunjungan ke Stadium Bernabeu.

Tetapi Pellegrini, yang kecewa dengan pertemuan semalam menentang Southampton tidak dipindahkan kepada hari Jumaat atau Sabtu lalu untuk memberikan pasukannya lebih banyak masa untuk bersedia, menegaskan dia tidak mempunyai pilihan tetapi menghasilkan perubahan dan melindungi pemain utamanya.

“Kami tahu sebelum perlawanan ia adalah risiko untuk meletakkan terlalu ramai pemain tanpa bola sepak ke atas pasukan yang sukar tetapi kami perlu menanggung risiko tersebut kerana kami memiliki perlawanan penting pada Rabu depan,’ katanya.

“Mungkin jika kami beraksi pada Sabtu kami boleh meletakkan lebih ramai pemain tetapi ia berisiko sama kepada Piala FA di mana kami perlu beraksi.

“Saya akan melakukan yang sama sekali lagi kerana kami memiliki perlawanan penting pada Rabu di mana kami beraksi sekarang bagi persaingan Liga Juara–Juara.

“Kami meneruskan dalam Liga Perdana apa yang akan kami lakukan dalam dua perlawanan seterusnya untuk berada dalam empat kedudukan teratas jadi ia berisiko tetapi kami juga perlu menerimanya.

“Saya selalu berkata cara terbaik untuk bersedia bagi perlawanan seterusnya adalah menang dan ia apa yang kami lakukan sebelum Paris Saint Germain dan Real Madrid, kami memenangi perlawanan kami sebelum ini dalam Liga Perdana.

“Hari ini saya tidak tahu mengapa kami bertahan dengan teruk pada separuh masa pertama, dua gol tersebut menentukan perlawanan. Kami menjaringkan satu gol, kami memiliki satu lagi peluang yang jelas untuk menyamakan kedudukan tetapi tidak dapat menyudahkannya dan selepas itu adegan menarik menentukan perlawanan.”

Pellegrini tidak membuat percubaan untuk menyembunyikan kekecewaannya terhadap persembahan defensif pasukannya ketika hatrik dari Sadio Mane berikutan jaringan pembukaan dari Shane Long menyelamatkan kemenangan Southampton.

ARTIKEL YANG SAMA