Hatrik Suarez julang Barca

Hatrik Suarez julang Barca

MADRID, 15 Mei (AFP) – Barcelona melengkapkan gelaran La Liga ke-24 mereka ketika Luis Suarez mengumpulkan jumlah jaringannya pada musim ini kepada 59 gol dengan hatrik bagi kemenangan 3-0 di Granada untuk mengekang kebangkitan lewat musim Real Madrid.

Real mencatatkan kemenangan ke-12 La Liga mereka, 2-0 di Deportivo La Coruna menerusi dua jaringan dari Cristiano Ronaldo, tetapi menamatkan satu mata di belakang pesaing mereka.

Tiga kejayaan Suarez menyaksikannya menjadi pemain pertama dalam tempoh tujuh tahun selain dari Ronaldo dan rakan sepasukan dari Barca, Lionel Messi untuk memenangi Anugerah Pichichi bagi penjaring terbanyak La Liga dengan 40.

“Kami layak menjadi juara,’ kata Suarez. “Kami berdepan kesukaran, tekanan adalah ke atas kami pada beberapa perlawanan terakhir, tetapi pasukan ini dibangunkan bagi memenangi gelaran.”

Barca dilihat bersedia untuk memenangi gelaran sehingga tiga kekalahan berturut–turut buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun pada bulan lalu.

Suarez meraikan jaringan pada perlawanan menentang Granada di Stadium Nuevo Los Carmenes, semalam. – AFP
Suarez meraikan jaringan pada perlawanan menentang Granada di Stadium Nuevo Los Carmenes, semalam. – AFP

Bagaimana pun, mereka kembali bangkit seperti juara, yang diinspirasikan dengan 14 gol Suarez, mereka menjaringkan 24 kali tanpa balas dalam lima perlawanan lalu untuk memenangi gelaran.

“Kami beraksi dengan baik sepanjang musim. Kami mengungguli banyak minggu dan pasukan paling konsisten memenangi gelaran,” kata ketua Barca, Luis Enrique.

“Kami memenangi enam dari lapan gelaran lalu, yang menunjukkan kelab telah memenangi secara mental. Kami perlu menghargai setiap kemenangan gelaran kerana setiap satu adalah sukar.”

Barca berada dalam tekanan lebih awal ketika Ronaldo menjaringkan gol selepas tujuh minit untuk meletakkan Madrid di depan di La Coruna.

ARTIKEL YANG SAMA