Hatrik Walcott lonjak semangat The Gunners

Hatrik Walcott lonjak semangat The Gunners

LONDON, 25 Mei (AFP) – Hatrik separuh masa pertama Theo Walcott memberikan Arsenal penyudah sempurna dalam Liga Perdana dari Emirates dalam kemenangan 4-1 ke atas West Bromwich Albion semalam.

Ia memastikan Gunners akan menghampiri rekod kemunculan final Piala FA ke-19 Sabtu depan menentang Aston Villa, yang tewas 1-0 di Burnley, dalam keadaan meyakinkan.

Walcott mungkin menemui jalan buntu mengenai kontrak baru – kontrak sekarangnya bernilai 100,000 pound seminggu mansuh pada akhir musim 2015/16 tetapi pemain berusia 26 tahun itu menunjukkan bakat dan kualiti menjelang rundingan musim panas dengan menyudahkan tiga jaringan dalam masa 37 minit.

Dengan persaingan Liga Juara–Juara ke-18 Arsenal sudah diselamatkan, Gunners meraih kemenangan kedua terbesar dalam kalendar tahun ini sebagai persediaan ideal sebelum mempertahankan Piala FA Sabtu depan.

Arsenal gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan di gelanggang sendiri di Emirates sebelum ini. Penyokong, yang mendakwa tiket mereka sebahagiannya paling mahal di negara itu, duduk 270 minit dalam persaingan menentang Chelsea, Swansea City dan Sunderland tanpa meraikan jaringan.

Pada minit keempat, selepas berada di luar kawasan penalti, Santi Cazorla memberikan umpanan kepada Walcott di sudut kanan dan pemain sayap yang tidak dikawal itu meledakkan rembatan kaki kanan yang menyaksikan penjaga gol Albion, Boaz Myhill hanya sedikit berpeluang menyelamatkan sepakan tersebut.

Sepuluh minit kemudian Walcott menunjukkan ketekunan melepasi seorang pencabar sebelum melepaskan rembatan di bahagian sudut bawah. Mereka kemudian mendahului 3-0 dengan West Brom tersentak.

Selepas sepakan sudut tidak dapat dikeluarkan dengan baik, bola tepat kepada Jack Wilshere, yang berada pada jarak 20 ela dan pemain midfiel itu melepaskan rembatan kaki kiri dengan sepakan tepat dan kencang.

ARTIKEL YANG SAMA