Havana nafi keberadaan askar Cuba di Syria

Havana nafi keberadaan askar Cuba di Syria

HAVANA, 18 Okt – Pegawai kanan di Havana Sabtu lalu menafikan laporan mengenai keberadaan tentera Cuba di Syria adalah untuk menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad.

Perkhabaran penghantaran 300 askar Cuba ke Syria itu berasal dari rangkaian berita Fox pada Rabu lalu, menurut pegawai tinggi AS sebagai sumber.

Rangkaian berita Fox juga menyebut bahawa Universiti Institut Miami mengetahui ketua angkatan tentera Cuba akan melawat Syria dengan pasukan tentera untuk menyokong rejim Assad.

Berita ini muncul melalui saluran media di seluruh Timur Tengah, walaupun jurucakap Jabatan Negara John Kirby, Khamis lalu menyatakan bahawa laporan itu tidak dapat disahkan.

Sabtu lalu Gerardo Penalver Portal, Ketua Hal Ehwal Dua Hala di Kementerian Luar Negeri, berkata dalam satu kenyataan ringkas yang Cuba “Nafi dan menyangkal maklumat yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas terhadap keberadaan askar Cuba di Syria, yang telah tersebar melalui media.”

Cuba mempunyai hubungan baik dengan Rusia dan Iran, dua negara yang menyokong Assad, dan mempunyai hubungan yang baik dengan Syria selama beberapa dekad. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA