HAWA FT juara Futsal PBDB

HAWA FT juara Futsal PBDB

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 18 Mei – HAWA FT muncul juara dalam Pertandingan Futsal anjuran Persatuan Bolasepak Daerah Belait (PBDB) yang berlangsung di Kompleks Sukan Mumong baru-baru ini.

RPN Panaga FT yang tewas 2–1 kepada HAWA muncul naib johan, Pandan 6 FT selesai di tempat ketiga dan pasukan PBDB ‘C’ FT mendapat tempat keempat. Kesemua pemenang membawa pulang sejumah wang tunai dan piala.

Acara tahunan ini yang telah bermula sejak beberapa minggu yang lalu disertai oleh 24 pasukan dari Daerah Belait dengan acara final dihadiri oleh tetamu kehormat Timbalan DiPertua PBDB, Haji Aji bin Haji Hitam yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah.

Pengerusi pertandingan, Awang Mohd Zaidin menyatakan penghargaan beliau kepada pasukan yang menyertai pertandingan kali ini kerana semua perlawanan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Haji Aji menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan. – Gambar PBDB
Haji Aji menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan. – Gambar PBDB
Dua pasukan terakhir pertandingan Futsal PBDB bergambar ramai sebelum memulakan perlawanan. – Gambar PBDB
Dua pasukan terakhir pertandingan Futsal PBDB bergambar ramai sebelum memulakan perlawanan. – Gambar PBDB

Beliau menambah, pertandingan seperti ini bukan sahaja menarik anak-anak muda untuk melakukan aktiviti sukan untuk kesihatan tetapi juga membantu mereka menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

Awang Mohd Zaidin juga menyatakan kegiatan seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang dan beliau berharap pasukan yang menyertai pertandingan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

ARTIKEL YANG SAMA