HAWA mula program Jejak Ehsan Ramadan

HAWA mula program Jejak Ehsan Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Himpunan Wanita Pusat Parti Pembangunan Bangsa (HAWA NDP) hari ini memulakan Program Jejak Ehsan Ramadan dengan penyampaian derma kepada 20 anak yatim.

Majlis yang diadakan di sebuah restoran di Kampung Madang, turut diserikan dengan tahlil dan doa arwah. HAWA NDP juga merancang aktiviti berkunjung ke rumah-rumah warga emas dan ahli kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Sumbangan derma kepada anak yatim disampaikan oleh Ketua Himpunan Wanita Pusat, Hajah Sa’emah dan Timbalannya Dayang Kartini binti Abdul Manap serta Ketua Biro Pendidikan NDP, Dayang Dr Hajah Raayah binti Haji Mohd Ali.

Hadir sama ialah ahli-ahli Exco HAWA NDP dan juga ahli-ahli Majlis Tertinggi dan ahli lain persatuan itu.

Antara anak-anak yatim yang telah menerima sumbangan daripada HAWA NDP.
Antara anak-anak yatim yang telah menerima sumbangan daripada HAWA NDP.
Majlis Sumbangan Derma Anak Yatim memulakan Projek Jejak Ehsan Ramadan HAWA NDP.
Majlis Sumbangan Derma Anak Yatim memulakan Projek Jejak Ehsan Ramadan HAWA NDP.

Sumbangan derma kepada anak yatim merupakan aktiviti tahunan HAWA NDP, antara lain bertujuan membantu menggembirakan perasaan anak-anak yatim yang telah kehilangan orang yang mereka kasihi pada Sambutan Bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Biro Kemasyarakatan NDP, ia juga dihasratkan meningkatkan perasaan keprihatinan terhadap masyarakat sekeliling kepada kalangan ahli-ahli wanita dalam pertubuhan tersebut, terutama sekali masyarakat yang memerlukan.

Selain itu, ia juga diharap dapat mengeratkan silaturahim antara ahli dan masyarakat umum, merapatkan perpaduan serta semangat setiakawan dan sentiasa mengamalkan kerjasama antara satu sama lain dalam sama-sama melaksanakan visi dan misi pertubuhan itu.

ARTIKEL YANG SAMA