HAWA promosi kepentingan penyusuan susu ibu

HAWA promosi kepentingan penyusuan susu ibu

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 24 April – Sebagai sebahagian daripada projek kemasyarakatannya, organisasi bukan kerajaan, HAWA mengadakan program mempromosikan kepentingan penyusuan ibu ke kawasan pedalaman seperti di Mukim Labi, Kampung Sungai Teraban dan Lumut-Liang.

Pengerusi HAWA, Hajah Masni binti Haji Munir semasa Majlis Penutup Jerayawara Penyusuan Susu Ibu di KBSentral hari ini berkata, ahli-ahli organisasi itu akan membuat lawatan ke rumah-rumah menawarkan perkhidmatan motivasi dan pakar jururawat profesional dari Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait untuk memberikan nasihat dan mendengar isu-isu yang dialami oleh para ibu di kawasan terbabit.

Menurutnya lagi, satu cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan anak ialah perjalanan jauh berulang-alik dari tempat kerja oleh ibu-ibu dari kawasan pedalaman, dan sesetengah ibu dari Labi, meninggalkan rumah untuk ke Kuala Belait dan Tutong seawal jam 6 pagi setiap hari dan hanya pulang ke rumah pada sebelah petangnya.

Berdepan masalah ini, ibu-ibu kebanyakannya memilih memberikan susu formula kepada anak mereka sendiri namun HAWA menasihatkan mereka memberikan susu ibu pada waktu malam, pada waktu terluang dan santai mereka.

Gambar ramai ahli HAWA dan orang ramai yang menghadiri Jerayawara Penyusuan Susu Ibu di KBSentral. Hajah Masni ketika ditemu bual.
Gambar ramai ahli HAWA dan orang ramai yang menghadiri Jerayawara Penyusuan Susu Ibu di KBSentral.
Hajah Masni ketika ditemu bual.
Hajah Masni ketika ditemu bual.
Hajah Masni ketika ditemu bual.

Menurutnya  lagi,  HAWA juga  merancang meluaskan aktiviti kemasyarakatannya melalui kerjasama dengan Persatuan Antidadah Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BASMIDA).

Beliau berkata kerjasama itu boleh mendedahkan bagaimana penggunaan dadah boleh menjejaskan penyusuan, dan juga meneroka bagaimana penyusuan boleh menggalakkan ikatan yang kuat di antara ibu dan anak yang boleh memainkan peranan dalam menghalang penggunaan dadah masa depan.

ARTIKEL YANG SAMA