Hawaii selamat dari dilanda ribut teruk

Hawaii selamat dari dilanda ribut teruk

HONOLULU, 26 Julai – Ribut pertama dari musim taufan akan melanda Hawaii, mengakibatkan penduduk-penduduk di negara itu berada dalam keadaan bersedia, tetapi negara itu melalui hujung minggu tanpa menyaksikan kerosakan teruk ketika ribut itu berkurangan, kata pegawai semalam.

Ribut itu berada sekitar 130 batu (215 km) ke barat pulau Kauai lewat petang semalam dan dijangka akan terus bergerak ke barat sekitar 9 mph sebelum hilang, kata perkhidmatan kaji cuaca.

Darby berkurangan dari ribut tropika kepada tekanan sebelum Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan semalam mengurangkannya lebih jauh lagi.

Sementara itu, hujan lebat membawa kepada beberapa limpahan kumbahan. Sebuah kumbahan berhampiran Ala Moana Shopping Center melimpah keluar, yang mengeluarkan lebih dari 1,000 gelen (3785.3 liter) sebelum kru berjaya menghentikannya lewat Ahad.

Petang semalam, kru-kru bandar raya itu sibuk menangani lapan laporan limpahan kumbahan yang lain di seluruh Oahu – termasuk 42,000 gelen di Kailua Wastewater Treatment Plant.

Pelbagai amaran air berwarna coklat dikeluarkan bagi pesisir luar Oahu, Big Island dan Kauai dari ribut dan banjir. Tidak semua air terjejas tetapi pegawai-pegawai menasihatkan untuk menghindarkan dari air jika ia berwarna coklat. – AP