Hawaiian Airlines buat pendaratan cemas

Hawaiian Airlines buat pendaratan cemas

TOKYO, 28 Julai – Sebuah kapal terbang Hawaiian Airlines membuat pendaratan kecemasan di Tokyo, kejadian kedua seumpama itu di Jepun pada bulan ini, kata seorang pegawai hari ini.

Penerbangan HA 442, yang berlepas dari utara bandar Jepun Sapporo ke Honolulu, membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Narita di luar ibu negara Jepun pada pukul 10:53 malam semalam. Juruterbang memetik keabnormalan dengan sistem hidraulik Boeing 767, kata seorang pegawai di Narita International Airport Corp.

Tidak ada seorang daripada 248 penumpang dan anggota kru dalam kapal terbang yang mengalami kecederaan, tambah beliau.

“Satu isyarat menandakan masalah yang mungkin berlaku keluar,” mendorong juruterbang membuat pendaratan kecemasan, beritahu jurucakap syarikat penerbangan yang berpangkalan di Tokyo kepada AFP. Beliau tidak dapat mengulas lanjut, tetapi mengesahkan Boeing 767 dijadualkan terbang ke Honolulu lewat hari ini bersama penumpang.

Kejadian itu merupakan pendaratan kecemasan kedua di Jepun dalam hampir 10 hari oleh Hawaiian Airlines. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA