Hawks tamatkan penguasaan Cavaliers

Hawks tamatkan penguasaan Cavaliers

CLEVELAND, 9 Nov – Pasukan Atlanta Hawks memberikan kekalahan pertama kepada Cleveland Cavaliers awal pagi tadi dengan kemenangan 110-106 yang menamatkan kemenangan berturut-turut Cavaliers yang mengetepikan Atlanta dari perlawanan playoff pada dua tahun lepas.

Kejayaan pasukan Hawks itu menamatkan 11 kekalahan kepada Cleveland, yang jatuh 6-1 musim ini ketika mereka adalah pasukan NBA terakhir belum pernah tewas.

“Kami sudah bosan ditekan oleh Cleveland dan kami mahu menewaskan pasukan ini,” kata pemain tengah Hawks, Dwight Howard.

Ini adalah pasukan Hawks yang berbeza berbanding yang pernah didominasi oleh Cavaliers dan Howard adalah salah satu alasan mengapa. Tambahan Howard dalam barisan pemain adalah sebahagian daripada perubahan yang diharapkan jurulatih Mike Budenholzer akan membolehkan mereka bersaing bersama Cavaliers.

“Kami sudah bosan dengan orang ramai berkata mengenai kami pada masa lalu dan kami mahu menukarnya,” kata Howard. “Kami akan berkembang sebagai sebuah pasukan. Kedudukan kami semakin bagus dengan setiap perlawanan.”

Para pemain Atlanta Hawk amat berpuas hati kerana menamatkan penguasaan pasukan Cleveland Cavaliers pada aksi NBA. – AP
Para pemain Atlanta Hawk amat berpuas hati kerana menamatkan penguasaan pasukan Cleveland Cavaliers pada aksi NBA. – AP

Cleveland menewaskan Hawks dalam perlawanan separuh akhir pada musim bunga lalu apabila mereka mencatatkan rekod tiga mata dan menang setiap perlawanan dengan perkadaran 12.5 mata.

Pasukan Cavaliers memenangi kesemua tujuh perlawanan di antara keduanya musim lalu, termasuk selepas musim.

Haoward menamatkan dengan 17 rebounds bagi Atlanta biarpun terpaksa melepaskan perlawanan pada suku pertama kerana mengalami kecederaan di bibir.

Dennis Schroder mencatatkan 28 mata, Kent Bazemore menambah 25 dan Pail Millsap mengekori dengan 21 bagi pasukan Hawks di depan 20,500 penonton di arena Quicken Loans di Cleveland.

Bazemore menghasilkan beberapa lontaran masuk pada empat minit terakhir. Catatannya bagi three-pointer dengan perlawanan berbaki 3:33 menyaksikan Hawks mendahului dengan 101-95.

Dia menyusulinya dengan lompatan di garisan pada saat akhir untuk melebarkan jaringan selepas mencatatkan tiga mata dari Kevin Love yang meletakkan Cleveland dengan 108-106 ketika perlawanan berbaki 25 saat.

Kyrie Irving menjaringkan 29 mata, LeBron James 23 mata, sembilan rebound dan lima asis dan Love menambah 24 mata dan 12 rebound bagi pasukan Cleveland, yang terlepas 31 percubaan tiga mata. – AFP