Hayati penjagaan kesihatan melalui bicara berirama

Hayati penjagaan kesihatan melalui bicara berirama

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Pasukan dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Sekolah Rendah Amo diumumkan sebagai juara kategori masing-masing dalam Pertandingan Bicara Berirama Sekolah-sekolah Rendah, Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia 2016.

Manakala, pasukan Sekolah Saint George dan Sekolah Saint Andrew masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga bagi peringkat sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab.

Bagi peringkat sekolah-sekolah rendah, tempat kedua dimenangi oleh pasukan Sekolah Rendah Al-Falaah yang diikuti oleh pasukan Sekolah Rendah Tutong Kem di tempat ketiga.

Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum di Kementerian Pendidikan semasa menyampaikan ucapan
Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum di Kementerian Pendidikan semasa menyampaikan ucapan

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, pagi tadi, ialah Ketua Pengarah Pendidikan di Kementerian Pendidikan, Haji Abdul Rahim bin Derus.

Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Roslin bin Suhailee dalam ucapannya menjelaskan, pertandingan bicara berirama ini merupakan pertandingan dwi-tahunan anjuran Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan melalui Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Sekolah Saint George semasa pertandingan tersebut.
Sekolah Saint George semasa pertandingan tersebut.

Pada tahun ini, pertandingan membawa tema persembahan ‘Gaya Hidup Sihat’ dengan memberikan penekanan kepada ‘Pemakanan Sihat’ bagi peringkat sekolah rendah dan ‘Cara Kehidupan Sihat’ bagi peringkat sekolah menengah.

Persembahan Sekolah Al-Falaah pada menyertai pertandingan itu.
Persembahan Sekolah Al-Falaah pada menyertai pertandingan itu.

Melalui tema ini, ia dihasratkan agar dapat menjadi satu wadah pemberigaan kepada masyarakat Brunei, khasnya para pelajar dari peringkat sekolah rendah lagi untuk sentiasa peka dan meningkatkan kesedaran mereka mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.

Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada juara, Sekolah Rendah Amo bagi Pertandingan Bicara Berirama Sekolah-sekolah Rendah.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada juara, Sekolah Rendah Amo bagi Pertandingan Bicara Berirama Sekolah-sekolah Rendah.

Di samping itu, ia akan dapat menambah luaskan pengetahuan para pelajar mengenai kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya menggalakkan mereka agar bergiat aktif dalam mengamalkan cara hidup sihat bagi menjamin kestabilan mental dan fizikal serta mengurangkan risiko penyakit kronik.

Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada juara Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna bagi Pertandingan Bicara Berirama Sekolah-sekolah Menengah.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada juara Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna bagi Pertandingan Bicara Berirama Sekolah-sekolah Menengah.

Menurutnya lagi, sebanyak 13 buah sekolah rendah dan 14 buah sekolah menengah telah menyertai pertandingan tersebut yang diadakan selama dua hari, iaitu pada 2 Mei 2016 bagi peringkat sekolah rendah dan 3 Mei bagi peringkat sekolah menengah yang diadakan di Dewan Kuliah 2, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.

“Pada peringkat saringan, para peserta telah menunjukkan semangat berpasukan dan kemampuan mereka untuk bersaing secara sihat. Ini menunjukkan potensi dan kemampuan dalam diri mereka boleh dikembangmaju dan dimantapkan lagi kemahiran tersebut.”

Pertandingan ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid mengenai kepentingan penjagaan kesihatan serta meningkatkan kemahiran dan pengalaman murid-murid dalam salah satu cabang seni muzik.

Selain itu juga, ia membolehkan murid-murid menghayati dan berkongsi nilai murni dan pengajaran umum yang diperolehi melalui bicara berirama yang disampaikan.

 

ARTIKEL YANG SAMA