Hayati Ramadan dengan ibadah

Hayati Ramadan dengan ibadah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 26 Jun – Hampir 100 orang Muslimah terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan dan kumpulan Muslimah Masjid-Masijd Daerah Tutong telah menghadiri Majlis Ceramah Ramadan Al-Mubarak yang diadakan di Masjid Kampung Telisai, kelmarin.

Ceramah bertajuk ‘Menghayati Hari-hari Bulan Ramadan dengan Ibadah’ itu telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Perkembangan Agama, Pusat Dakwah Islamiah, Dayang Norhayati binti Haji Abdul Rahman.

Ia merupakan anjuran Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Telisai Daerah Tutong bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

ARTIKEL YANG SAMA