Haye bertarung Mark de Mori tahun depan

Haye bertarung Mark de Mori tahun depan

LONDON, 25 Nov (Reuters) – Bekas juara heavyweight dunia David Haye akan kembali bertarung menentang petinju dari Australia Mark de Mori di Arean 02 London pada tahun depan. Pertarungan dengan pesaingnya yang berusia 33 itu dijadualkan berlangsung pada 16 Januari 2016.

Terdahulu beliau mengumumkan kesediaannya kembali bertinju dalam usaha mengembalikan gelaran heavyweight dunia yang direbut Wladimit Klitschko empat tahun lalu.

Petinju dari Britain itu, yang tidak bertinju selama tiga tahun sejak menewaskan Dereck Chisora, mengadakan sidang media di London mengenai pertarungan tersebut.

Bekas juara heavyweight dunia, George Foreman menulis dalam akaun Twitternya pada Sabtu lalu bahawa Haye mungkin satu-satunya petinju yang boleh menewaskan Klitschko.

Hayeo memberikan respons: “Anda pasti tahu bidang anda George Foreman dan anda akan gembira untuk mengetahui saya akan kembali untuk merampas kembali mahkota heavyweight #HayemakerIsBack.”

“Hayemaker”, 35, telah mengadakan latihan bersama Shane McGuigan, anak lelaki kepada bekas juara dunia, Barry McGuigan, dan menumpukan ke atas usaha untuk merampas kembali gelaran dunia yang dimenanginya dari petinju Rusia, Nikolay Valuev pada 2009 dan berjaya mempertahankannya dua kali.

Haye kemudian tewas dengan mata sebulat suara kepada Klitschko dari Ukraine — kekalahan keduanya sepanjang 28 kerjaya pertarungannya.

Klitschko pada Sabtu depan akan berusaha mengekalkan rekod tanpa kalah selama 11 tahun menentang seorang lagi pencabar dari Britain, Tyson Furry, dalam pertarungan gelaran dunia di Duesseldorf, Jerman.