Hayman buktikan kemampuan di Paris Roubaix Klasik

Hayman buktikan kemampuan di Paris Roubaix Klasik

ROUBAIX, Perancis, 11 April (AFP) – Mathew Hayman menegaskan impian boleh menjadi kenyataan selepas penunggang dari Australia itu, 37, memenangi pertandingan Paris Roubaix klasik yang diadakan sehari.

Hayman menewaskan pemenang empat kali Tom Boonen yang berada di tangga kedua dalam penyudah di velodrome terbuka di Roubaix pada akhir perlumbaan sejauh 257.5km dari Compiegne, berhampiran Paris.

Ia adalah penyertaan ke-17, Hayman dalam ‘Hell of the North’ dan keputusan terbaik yang dicatatkannya sebelum ini berada di tangga ke lapan pada 2012.

“Roubaix juga adalah salah satu perlumbaan di mana setiap beberapa tahun menghasilkan pemenang istimewa,’ kata penunggang dari Orica GreenEdge.

“Tetapi jika anda melihat kembali, mereka bersemangat mengenai perlumbaan itu. Sama ada ia (rakan senegara) Stuar O’Grady (pada 2007) atau Johan Vanusmmeren (pada 2011), tetapi terdapat beberapa orang dari mereka.’

Hayman mengucup trofi kemenangannya sebagai tanda meraikan kejayaannya selepas memenangi pertandingan Paris Roubaix klasik semalam. – AFP
Hayman mengucup trofi kemenangannya sebagai tanda meraikan kejayaannya selepas memenangi pertandingan Paris Roubaix klasik semalam. – AFP

“Mereka selalu berada di sana berlumba di depan dan jika semua bintang bersaing, seperti saya pada hari ini, jadi ia adalah satu kemungkinan.

“Terdapat banyak penunggang yang mampu menghidupkan impian yang mungkin berlaku kepada mereka pada satu hari nanti. ‘Saya adalah buktinya.”

Kejayaan Hayman adalah juga bukti terhadap keazaman kukuhnya.

Lewat Februari lalu dia mengalami patah tangan dalam satu kemalangan di Omloop Het Nieuswblad dan dia tidak beraksi sepanjang musim klasik Spring.

“Saya melakukan beberapa bulan latihan yang bermula pada Oktober lalu. Saya menghabiskan banyak masa, masa pada ketinggian, meluangkan banyak masa dan usaha bagi klasik dan berdepan dengan satu kemalangan; saya tidak mahu semua rentak dirampas.” Katanya.