Hazard boleh musnahkan perancangan Wales

Hazard boleh musnahkan perancangan Wales

DINARD, 28 Jun (AFP) – Pengendali Wales, Chris Coleman memberi amaran bahawa Eden Hazard memiliki kemampuan untuk merosakkan perancangannya ketika dalam pertembungan menentang Belgium di suku akhir Euro 2016.

Coleman dan barisan pemainnya menyedari cabaran yang akan diberikan Belgium selain pernah bertemu mereka dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014.

Wales yang tidak pernah kalah kepada Belgium dalam tiga aksi terakhir dan berjaya meraih kemenangan dalam pertembungan terakhir mereka di Cardiff tahun lalu.

Belgium turut menampilkan aksi luar biasa apabila menewaskan Hungary 4-0 dalam pusingan kalah mati dengan Hazard memainkan peranan penting di bahagian tengah selain turut menyumbang satu gol.

Coleman berkata, bukan tugas mudah untuk mengekang pergerakan pemain tengah Chelsea itu.

Hazard ketika beraksi dalam perlawanan menentang Hungary baru-baru ini. - AFP
Hazard ketika beraksi dalam perlawanan menentang Hungary baru-baru ini. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Dengan Eden Hazard, awak berkemungkinan terpaksa menghabiskan banyak masa untuk menguatkan jentera pertahanan dalam usaha mengekang pemain sepertinya dan dalam tempoh singkat, dia mampu memusnahkan segala perancangan yang dibuat.

“Pemain saya pernah berdepan Eden Hazard sebelum ini. Kami tahu dia pemain yang hebat. Kami tidak sabar untuk berada di dalam padang bersama peman hebat seperti itu. Ia merupakan tugasan sukar.

“Adakah kami ada perancangan khusus untuk Eden? Tidak. Kami mengenali Belgium, kami memiliki permain taktikal khusus,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA