Hazard kunci kejayaan Belgium

Hazard kunci kejayaan Belgium

LILLE, Perancis, 30 Jun (AFP) – Perlawanan suku akhir Euro 2016 menentang Wales di Lille yang hanya bersebelahan sempadan Belgium hampir terasa seperti perlawanan di tempat sendiri buat Belgium dan kapten pasukan Eden Hazard.

Pemain berusia 25 tahun itu adalah pemain terbaik perlawanan ketika memusnahkan Hungary 4-0 pada pusingan 16 terakhir, menjaringkan satu gol menakjubkan dan membantu menjaringkan satu lagi. Jurulatihnya Marc Wilmots berkata Hazard telah didorong dengan prospek kembali ke Lille, yang terletak hanya 15 kilometer daripada sempadan Belgium.

“Jika kita mempunyai 150,000 (muatan stadium) yang boleh diisi. Ia begitu dekat dengan sempadan dan Eden Hazard terutama sekali ingin bermain di Lille, itulah sebabnya dia bermain begitu baik,” kata Wilmots.

Bagi Hazard, ia adalah kepulangan ke bandar di mana kerjayanya sebagai pemain bermula.

Hazard, yang berasal dari bandar kecil Braine-le-Comte di Perancis bertutur rantau Wallonia di Belgium, menyertai akademi Lille yang dalam perjalanan sejam ketika berumur 14 tahun pada 2005 dan tidak pernah melihat ke belakang sejak itu.

Hazard membuat latihan bersama rakan sepasukannya. – AFP
Hazard membuat latihan bersama rakan sepasukannya. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Ia tidak mudah untuk meninggalkan keluarga anda, ibu bapa anda, dan pergi ke negara lain, meskipun ia adalah Perancis yang tidak jauh dari rumah,” Hazard berkata dalam satu temu bual bersama beIN Sports.

“Ia adalah di mana, apa yang boleh anda katakan, saya belajar akan kehidupan kerana saya datang ketika berumur 14 tahun. Ia di mana saya diajar untuk menghormati orang lain dan ia di mana saya bermain perlawanan pertama saya.

“Segala-galanya begitu cemerlang bermula dari langkah pertama saya di Lille sehingga kemasukan saya ke Chelsea. Semuanya sempurna.”

Hazard membuat penampilan pertama kerjaya senior di Lille di usia 16 tahun pada November 2007. Dia menjadi pemain bintang yang membuat sejarah dengan memenangi liga Perancis dan dua piala pada 2011, trofi utama mereka dalam 56 tahun.