Hazard musnahkan impian Hungary

Hazard musnahkan impian Hungary

TOULOUSE, 27 Jun (AFP) – Eden Hazard menjaringkan gol sulungnya di pentas Euro 2016 bagi membantu Belgium menang 4-0 menewaskan Hungary dalam pusingan suku akhir, sekali gus mengakhiri impian lawan.

Belgium mara ke suku akhir Kejohanan Eropah buat kali pertama sejak tewas pada final 1980.

Pasukan itu mendominasi perlawanan di Stadium de Toulouse selepas Toby Alderweireld menanduk masuk bola pada 10 minit perlawanan.

The Red Devils bagaimanapun mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk menambah jaringan sebelum Michy Batshuayi menjaringkan gol selepas diturunkan dari bangku simpanan sementara Hazard dan Yannick Carrasco menjaringkan gol pada 12 minit terakhir perlawanan.

Belgium kini bakal berdepan dengan Wales di Lille yang terletak berhampiran sempadan Perancis-Belgium, bagi merebut tiket ke pusingan separuh akhir.

Eden Hazard (kiri) dan Kevin de Bruyne meraikan jaringan pasukan mereka. - AFP
Eden Hazard (kiri) dan Kevin de Bruyne meraikan jaringan pasukan mereka. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Ia adalah hebat, kami mara ke suku akhir selepas kemenangan itu,” kata Hazard.

“Kami boleh menjaringkan lebih banyak gol dan meskipun penjaga gol mereka beberapa kali berjaya menghalang kami, kami tidak mahu mengeluh.

“Kini kami berada dalam lapan pasukan akhir, kami akan ke Lille dan saya harap ramai rakyat Belgium akan turun menyokong kami.

“Kami masih berharap untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini. Kini, kami perlu berehat dan bersedia bagi perlawanan Jumaat ini.”

ARTIKEL YANG SAMA