Hazard tekad kembali bangkit

Hazard tekad kembali bangkit

LONDON, 12 Okt – Eden Hazard yang beraksi bagi pasukan Chelsea tidak dapat menjelaskan kenapa dia bergelut bagi kelabnya musim ini dan berkata tindakan pengurus pasukan, Jose Mourinho untuk menggugurkannya dari kesebelasan utama adalah tepat ketika dia berada dalam “rentak terburuk sepanjang kerjayanya”.

Pemain dari Belgium itu adalah pemain terbaik Liga Perdana musim lalu ketika Chelsea menjulang gelaran, tetapi membayar harga bagi kejatuhannya pada musim ini apabila Mourinho menggugurkannya dari barisan utama bagi kekalahan Liga Juara-Juara kepada Porto pada 29 September yang lalu.

Hazard tidak mencatatkan sebarang jaringan dan hanya dua membantu dalam 11 kemunculan bagi kelabnya musim ini, kejatuhan yang menyumbang kepada penurunan teruk pasukan Chelsea, di mana mereka pada masa ini berada di kedudukan ke-16.

“Ini adalah kali pertama sepanjang kerjaya saya yang mengalami kesukaran seperti ini,” Hazard dipetik sebagai berkata oleh media British dan Belgium.

“Saya tidak dapat menjelaskannya. Apa yang saya tahu adalah saya perlu bekerja keras agar kembali bangkit. Di Chelsea kami mempunyai kebimbangan sebagai pasukan dan individu,” tambah pemain sayap itu, 24.

Eden Hazard. – Reuters
Eden Hazard. – Reuters

Hazard mengakui persembahan hambarnya bermakna dia bukan lagi “tidak dapat disentuh” sebagai salah seorang dari nama-nama dalam kertas Mourinho, tetapi memuji pengurus dari Portugal itu dan menyokongnya untuk kembali bangkit apabila liga diteruskan pada 17 Oktober selepas rehat antarabangsa.

“Saya diletakkan di bangku simpanan menentang Porto dalam Liga Juara-Juara, dan saya tidak lagi imun untuk digugurkan. Anda boleh menjadi pemain yang tidak dapat disentuh apabila anda bermain dengan baik, dan ia bukanlah kesnya dengan saya,” kata Hazard.

“Saya rasa pengurus mahu menghantarkan saya mesej dengan meletakkan saya pemain simpanan. Saya tidak membaca segala yang dikatakannya, tetapi dia menjelaskan segalanya.– Reuters