Hazmat kesan bahan ‘mencurigakan’ dalam pesawat

Hazmat kesan bahan ‘mencurigakan’ dalam pesawat

PHOENIX, 2 Ogos – Unit Hazmat menyiasat bahan tidak diketahui yang ditemui dalam pesawat dari Mexico yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sky Harbor.

Pegawai Jabatan Bomba Phoenix berkata, kru hazmat dikerah ke lapangan terbang itu kira-kira jam 5 petang.

Rakaman berita televisyen menunjukkan beberapa kenderaan jabatan bomba berada berhampiran pesawat Airways Express yang diletakkan di pintu Terminal 4.

Pegawai Sky Harbor berkata, Penerbangan 5644 tiba dari Guadalajara dan kru memeriksa sesuatu sebagai langkah berjaga-jaga.

Mereka tidak memberikan sebarang maklumat tetapi berkata keadaan tidak menjejaskan penerbangan masuk dan keluar lapangan terbang itu. – AP