HDS fokus platform ketiga

HDS fokus platform ketiga

PHUKET, Thailand, 6 Nov (Bernama) – Hitachi Data Systems Corporation (HDS) menukar fokus kepada platform ketiga dan cadangan pembangunan Internet (IoT) ketika sosial, mudah alih, analisis dan awan (SMAC) menjadi pemacu maklumat persekitaran perniagaan hari ini.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi HDS, Hubert Yoshida berkata, syarikat itu bagaimanapun mempunyai kelebihan tambahan kerana menjadi sebahagian daripada syarikat terkemuka Hitachi Ltd dari Jepun.

“Kami sedang menukar fokus dengan pembolehan platform ketiga berbanding infrastruktur.

Kami masih mempunyai infrastruktur data yang baik tapi kami mahu menjadikannya kurang nampak agar pemboleh teknologi maklumat tidak perlu menyusahkan diri untuk menguruskan semua itu,” katanya.