Helah pengemis terbongkar

Helah pengemis terbongkar

JAKARTA, 16 Nov (Agensi) – Seorang pemuda ditahan oleh pegawai jabatan kebajikan masyarakat bandar raya selepas didapati mengemis berpura-pura kudung sebelah kaki dan menipu orang ramai atas belas kasihan.

Ketua jabatan berkenaan Chaidir memberitahu wartawan, lelaki itu Aris Setianto, 27, ditangkap ketika mengemis di jalan raya di Jakarta Pusat.

Menurutnya, ketika hendak ditahan, Aris yang disangka benar-benar kudung, berlari menggunakan kedua-dua kakinya.

“Kami akhirnya berjaya menahannya,” kata Chaidir.

Helah seorang pengemis yang kononnya kudung di bahagian kaki terbongkar apabila ditahan oleh pihak berkuasa.
Helah seorang pengemis yang kononnya kudung di bahagian kaki terbongkar apabila ditahan oleh pihak berkuasa.

Lelaki itu, dalam keterangannya kepada pegawai mengaku, hasil yang diperolehnya menerusi mengemis lumayan.

“Dengan berpura-pura kudung dan mengemis, dia berupaya memperoleh sehingga Rp200,000 sehari. Pendapatannya sebulan boleh mencecah sehingga Rp5 juta,” kata Chaidir.

Aris juga memberitahu pegawai, dia menjalankan kegiatan itu sejak 2008 lagi dan tidak berasa malu memandangkan pendapatannya memang lumayan.