Helah sebuah ...

Helah sebuah percintaan

ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

 

DIPENUHI dengan liku, novel Everything You Want Me to Be mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis muda, ketika rahsia-rahsia gelap di sebuah pekan kecil mulai terbongkar satu demi satu dan dia semakin mendekati maut. Seorang pelajar sekolah tinggi senior, Hattie Hoffman telah memainkan banyak peranan di sepanjang kehidupannya iaitu sebagai seorang pelajar yang baik, anak yang baik dan penduduk yang baik.

Apabila dia ditemui maut setelah ditikam pada malam pembukaan pementasan di sekolahnya, tragedi tersebut telah mengejutkan masyarakat kecil di pekan tersebut.

Seorang sherif tempatan Del Goodman, sahabat kepada keluarga Hoffman berazam untuk membawa si penjenayah ke muka pengadilan, namun ternyata cubaannya untuk menyelesaikan kes pembunuhan tersebut memberikannya lebih banyak soalan daripada jawapan. Sepertinya kebolehan lakonan Hattie bukan hanya terhad untuk persembahan atas pentas sahaja.

Hattie Hoffman telah memainkan banyak peranan di sepanjang kehidupannya iaitu sebagai seorang pelajar yang baik, anak yang baik dan penduduk yang baik. Apabila dia ditemui maut setelah ditikam pada malam pembukaan pementasan di sekolahnya, tragedi tersebut telah mengejutkan masyarakat kecil di pekan tersebut.
Hattie Hoffman telah memainkan banyak peranan di sepanjang kehidupannya iaitu sebagai seorang pelajar yang baik, anak yang baik dan penduduk yang baik. Apabila dia ditemui maut setelah ditikam pada malam pembukaan pementasan di sekolahnya, tragedi tersebut telah mengejutkan masyarakat kecil di pekan tersebut.

Diceritakan melalui tiga perspektif daripada Del, Hattie dan seorang guru Bahasa Inggeris yang baru yang menghadapi kemusnahan rumah tangga, novel karya Mindy Mejia ini membawa pembaca menyusuri tahun terakhir Hattie dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada penyebab kehilangan nyawanya.

Novel ini akan membawakan persoalan kepada anda mengenai yang apakah yang betul dan apa yang salah, tipu daya dan identiti. Adakah cinta akan membawa kesederan kepada seseorang atau ia akan memusnahkannya?