Helikopter dinaiki 3 anggota hilang dari radar

Helikopter dinaiki 3 anggota hilang dari radar

BANGKOK, 26 Jun (Bernama/AP) – Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) mengesahkan satu daripada helikopternya hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari pangkalan udara Don Mueang ke Rayong pada 2:40 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Jurucakap RTAF Air Vice Marshal Pongsak Semachai dalam satu kenyataan malam semalam berkata, helikopter utiliti Huey bersama-sama tiga tentera udara berlepas dari pangkalan udara dekat Bangkok sejam awal pada 1:40 petang.

Tentera udara mengenal pasti juruterbang helikopter Bell UH-1 itu sebagai Ketua Skuadron Paset Techasen, bersama-sama dua lagi, Leftenan Penerbangan Along-korn Jankrajang dan Sarjan Penerbangan Kelas Pertama Wisut Puttaraksa.

Operasi mencari dan menyelamat bagi mencari helikopter hilang yang dalam misi untuk membekalkan semula sebuah stesen radar di wilayah Chanthaburi, 215km dari timur Bangkok itu, telah disambung hari ini katanya.

ARTIKEL YANG SAMA