Helikopter dinaiki Zahid tidak hadapi masalah – SUA

Helikopter dinaiki Zahid tidak hadapi masalah – SUA

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) – Helikopter yang dinaiki Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa berlegar-legar di Pulau Sebatik, Kalimantan semalam, tidak menghadapi masalah seperti dilaporkan oleh akhbar harian Indonesia, Kompas.

Setiausaha Akhbar menteri berkenaan, Brig Jen Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican sebaliknya, berkata helikopter itu tidak mendarat dilokasi ditetapkan disebabkan keadaan padang becak yang boleh menyebabkan helikopter tidak stabil apabila mendarat.

“Oleh itu juruterbang meminta izin daripada menteri untuk beredar dari situ dan cadangan itu dipersetujui menteri.Helikopter itu kemudian beredar dan menuju ke destinasi seterusnya ke Pulau Nyamuk,” katanya ketika diminta mengesahkan kejadian itu, di sini hari ini.

Fadzlette berkata ketika kejadian, Ahmad Zahid dalam lawatan kerja untuk meninjau semua balai polis di pedalaman Sabah.