Helikopter Indonesia putus hubungan

Helikopter Indonesia putus hubungan

JAKARTA, 11 Okt – Sebuah helikopter Indonesia membawa lima orang hari ini putus hubungan dengan pusat kawalan lalu lintas udara semasa dalam penerbangan di pulau Sumatera, menurut pegawai, dalam pukulan terbaru ke atas sektor penerbangan bermasalah di negara itu.

Pesawat ringan enjin tunggal Eurocopter EC-130 milik PT Penerbangan Angkasa Semesta berlepas bagi penerbangan jauh dari pulau Samosir Sumatera ke lapangan terbang Kualanamu di bandar Medan apabila ia putus hubungan pada jam 12:20 tengah hari, menurut jurucakap kementerian pengangkutan J.A. Barata memberitahu AFP.

Penerbangan awam itu membawa seorang juruterbang, seorang jurutera dan tiga penumpang, ujarnya.

“Ia putus hubungan dengan pusat kawalan udara di Kualanamu kira-kira 10 minit sebelum ia dijangka tiba. Kami telah menghantar kakitangan agensi mencari dan menyelamat,” katanya.

“Kami tidak ingin memberi spekulasi tentang apa yang mungkin terjadi kepada pesawat udara itu. Keutamaan kami kini adalah untuk mencarinya secepat yang kami boleh,” tambahnya.

Negara itu berdepan rekod keselamatan penerbangan yang buruk dan telah mengalami bencana besar beberapa bulan kebelakangan, termasuk pesawat AirAsia terhempas pada Disember lepas dengan mengorbankan kira-kira 162 jiwa.

Manakala 10 orang terkorban apabila pesawat penumpang domestik terhempas di hutan pulau Sulawesi awal bulan ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA