Helikopter perang Iraq terhempas di Mosul

Helikopter perang Iraq terhempas di Mosul

BAGHDAD, 5 Jan – Sebuah helikopter perang Iraq terhempas di medan pertempuran di selatan Mosul hari ini, menyebabkan empat anak kapal terkorban. Pemerintah Operasi Bersama (JOC) yang menyelaras misi memerangi kumpulan militan Daesh dalam satu kenyataan berkata, pesawat berkenaan terhempas akibat masalah teknikal ketika menyertai misi penerbangan, pagi tadi.

Seorang kapten tentera udara AFP memberitahu AFP, semua anak kapal terkorban dalam kejadian itu.

“Dua juruterbang dan dua juruteknik disahkan terkorban. “Mereka dalam perjalanan ke Qayyarah dalam satu misi rutin,” katanya merujuk kepada hab utama tentera di selatan Mosul, sejak operasi 17 Oktober lalu bagi menawan semula bandar itu daripada Daesh.

Katanya, helikopter buatan Russia itu dilengkapi senjata Mi-35. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA