Helikopter tentera hilang

Helikopter tentera hilang

HANOI, Vietnam, 18 Okt – Sebuah helikopter tentera Vietnam bersama tiga orang di dalamnya, hilang semasa satu latihan penerbangan hari ini, menurut pegawai dan media rasmi negara, dalam satu siri insiden terbaru membabitkan pesawat tentera.

Akhbar online Dan Tri melaporkan Eurocopter EC130, sebuah helikopter latihan ringan dikeluarkan Airbus Helicopters, hilang kawalan 15 minit dalam penerbangan dan dipercayai terhempas ke kawasan pergunungan 80km ke timur hab komersial selatan Ho Chi Minh City.

Dikatakan seorang juruterbang dan dua orang pelatih berada dalam helikopter. Seorang pengawal sempadan wilayah mengatakan asap dikesan di tapak disyaki ia terhempas namun penyelamat belum lagi dapat sampai ke kawasan itu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA