Helikopter tentera Indonesia terhempas

Helikopter tentera Indonesia terhempas

YOGYAKARTA, 8 Julai – Sebuah helikopter tentera Indonesia terhempas ke atas sebuah rumah di sebuah perkampungan berhampiran Bandaraya Yogyakarta, mengorbankan tiga daripada enam orang di dalam pesawat.

Jurucakap tentera, Brig. Jen. Sabrar Fadhila, berkata tiga yang terselamat kini dirawat kerana mengalami kecederaan serius. Beliau berkata, pemilik rumah bagaimanapun tiada di kediaman ketika kejadian kerana keluar sempena cuti.

“Enjin helikopter tiba-tiba hilang kuasa namun pihak kami masih menjalankan siasatan mengenai punca nahas,” katanya.

Helikopter Bell 205 berkenaan dilaporkan sedang dalam penerbangan dari Solo ke Yogyakarta sebagai sebahagian persiapan keselamatan sempena lawatan President Joko ‘Jokowi’ Widodo ke Yogyakarta, esok (Sabtu).

Kemalangan pesawat tentera adalah biasa di Indonesia di mana angkatan tentera mengalami pembiayaan yang kronik dan rendah. – AP

ARTIKEL YANG SAMA