Helikopter tentera Swiss terhempas, dua maut

Helikopter tentera Swiss terhempas, dua maut

GENEVA, 29 Sept – Sebuah helikopter tentera Swiss terhempas di pergunungan Alps kelmarin, membunuh dua juruterbang dan seorang cedera, kata tentera Swiss.

Punca kemalangan belum dapat diperolehi kata jurucakap tentera Aldo Schellenberg, yang menyifatkan ia sebagai satu “kemalangan” yang berlaku sejurus selepas berlepas.

Empat pegawai tentera Perancis telah diarahkan keluar dari pesawat sebelum kejadian itu berlaku dan tidak mengalami kecederaan, kata Schellenberg.

Kemalangan itu berlaku sekitar tengah hari (1000 GMT) dikawasan terpencil, Gotthard Pass di kanton Ticino, berdekatan sebuah penginapan yang berada pada ketinggian 2,100 meter (6,900 kaki).

“Kedua-dua juruterbang maut dalam kemalangan itu,” kata jurucakap tentera, mengenal pasti mangsa yang cedera adalah “pembantu penerbangan”, yang telah dibawa ke hospital. Helikopter adalah buatan Airbus, Super Puma.

Anggota penyelamat berada berhampiran serpihan helikopter tentera Switzerland di pergunungan Alps, gunung Gotthard di Airolo, selatan Switzerland, kelmarin. – AP
Anggota penyelamat berada berhampiran serpihan helikopter tentera Switzerland di pergunungan Alps, gunung Gotthard di Airolo, selatan Switzerland, kelmarin. – AP

Tentera Swiss telah menahan semua penerbangan Super Pumas sehingga punca-punca kemalangan itu telah dikenal pasti, kata Schellenberg.

Pada akhir Ogos lalu, seorang juruterbang Swiss meninggal dunia selepas pesawat F/A-18 terhempas di rantau Hinter-Tierberg, selepas pengawal penerbangan memberinya maklumat bahawa ketinggiannya tidak betul.

Kemalangan itu adalah yang terbaru dalam rentetan kemalangan yang menimpa tentera udara Switzerland. Pada bulan Jun, dua jet pejuang Swiss Tiger F-5E bertembung di Belanda pada bulan Jun, semasa latihan penerbangan bagi pertunjukan udara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA