Helikopter tentera terhempas di Montenegro

Helikopter tentera terhempas di Montenegro

PODGORICA, Montenegro, 12 Jun (AP) – Sebuah helikopter tentera Montenegrin terhempas pada Jumaat lalu di pinggir bandar ibu negara, mencederakan dua anak kapal, seorang daripadanya mengalami cedera parah.

Tentera udara Montenegro berkata pesawat dalam penerbangan latihan rutin apabila ia terhempas di sebuah padang barat daya Podgorica.

Salah seorang daripada anak kapal mengalami kecederaan otak yang teruk, manakala yang lain berada di unit rawatan rapi, tetapi kecederaan yang dialami anak kapal tersebut tidak membawa kepada kematian, doktor di unit kecemasan hospital tersebut berkata.

“Saya terdengar bunyi dan keluar dan melihat sebuah helikopter cuba untuk mendarat. Kemudian ia terhempas,” saksi, Rasim Softic berkata.

Anggota tentera meninjau tapak kejadian nahas selepas helikopter tentera Montenegrin terhempas di pinggir Podgorica, Montenegro, Jumaat lalu. Nahas helikopter tentera mendarat di pinggir ibu kota dan penduduk tempatan mengeluarkan dua anak kapal, seorang  daripadanya mengalami cedera parah. – AP

Penduduk tempatan menarik keluar dua anak kapal, yang salah seorang daripadanya tidak sedarkan diri, sebelum pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

Punca kemalangan pesawat tersebut tidak dapat dipastikan sejurus helikopter Gazelle mendarat.

Negeri kecil Balkan itu, yang dijadualkan untuk menjadi ahli terbaru NATO, mempunyai tentera udara kecil termasuk lima helikopter Gazelle yang di cipta oleh bekas Yugoslavia di bawah lesen Perancis.

ARTIKEL YANG SAMA